TRAVEL TIPS : UNDANG - UNDANG NEGARA THAILAND YANG ANDA PERLU TAHU
By CamsManiax - 9:38 AM
Selain itu, negara ini juga biasanya dikunjungi oleh pelancong Malaysia yang baru mula berjinak-jinak dengan hobi melancong. Oleh yang demikian, di sini kami ingin gariskan beberapa undang-undang yang wajib untuk diketahui oleh anda sebelum memasuki negara Gajah Putih ini.
1.
Dadah
2.
Hormat Raja Thailand
3.
Undang-Undang Visa Di
Thailand
4.
Minum Arak
5.
Photografi dan
Drones
6.
Judi
7.
Merokok
8.
Membuang Sampah
9.
Rasuah
10.
Passport
11.
Pemakaian Pakaian Dalam
12.
Memakai Baju Semasa
Memandu
13.
Walkie Talkie
1. Dadah
Kenyataan berikut
dipetik dan diterjemah daripada laman web Jabatan Kastam Kerajaan Thailand :
"Pelanggar undang-undang yang berkaitan dengan dadah haram contohnya, mempunyai dan memegang dadah untuk digunakan, atau menjadi pengeluar, penjual atau pembawa adalah tertakluk kepada hukuman mati."
Ya, hukuman mati. Oleh itu, elakkan daripada terlibat atau menghampiri sebarang aktiviti berkenaan dadah jika anda tidak mahu ajal anda berakhir di tempat melancong.
2. Hormat Raja Thailand
Lese Majeste adalah
merupakan undang-undang yang diperkenalkan di Thailand pada tahun 1908 dan
dengan jelas menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan yang serius untuk
menafikan, menghina, mengancam atau mencemarkan apa jua imej dan cara
penghinaan terhadap Raja dan keluarga diraja Thailand.
Jangan lupa, mata wang Thailand mempunyai imej Raja Thailand. Jangan sesekali menolak/menangkis, melangkah/memijak mata wang Thailand kerana ianya bertentangan dengan undang-undang Thailand.
Apabila bercakap tentang raja Thailand dan keluarganya secara umum, jangan sesekali membuat mimik muka seperti mengerutkan dahi terutama di kawasan umum. Ianya akan menyebabkan anda melancong di penjara.
3. Undang-Undang Visa Di Thailand (Jika Berkenaan)
Sekiranya anda pemegang
Visa dan anda menetap di Thailand melebihi dari tempoh yang dibenarkan, ianya
akan menyebabkan anda bakal ditahan di tahanan imigresen.
Walau bagaimanapun, jika anda membuat/memperbaharui visa di lapangan terbang, anda hanya perlu membayar denda tinggal melebihi tempoh anda. Oleh itu, pastikan tempoh Visa anda sentiasa diperbaharui atau, jangan tinggal melebihi tempoh. ;)
4. Minum Arak
Had umur kebenaran
meminum arak di Thailand adalah 20 tahun. Tidak bermakna anda tidak boleh membeli
alkohol jika masih di bawah umur, tapi ianya boleh menyebabkan anda ke
penjara.
Meminum arak dan alkohol adalah diharamkan di lokasi berikut :
1.
Kuil/Tempat Ibadat
2.
Farmasi
3.
Pejabat Awam
4.
Institusi
Penyelidikan
5.
Stesen Minyak
6.
Taman Awam
Denda/Penalti untuk kesalahan meminum alkohol secara haram di salah satu premis/lokasi di atas adalah enam (6) bulan penjara, dan/atau tidak melebihi dari denda THB 10,000.
Pada Julai 2017, polis Thailand mengumumkan bahawa pemantauan di Media Sosial akan dilakukan dengan lebih dekat untuk menguatkuasakan Akta Kawalan Minuman Alkohol (2008). Undang-undang ini menguatkuasakan larangan "mempamerkan logo dan jenama produk arak/minuman beralkohol bertujuan untuk mempromosikan/mengajak orang untuk minum alkohol sama ada secara langsung atau tidak langsung." Sesiapa yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan tindakan/hukuman. Fikir banyak kali sebelum anda selfie dengan memegang Singha Beer atau yang sewaktu dengannya di mana jua lokasi anda kerana anda berdepan dengan hukuman denda sebanyak USD 1,500.
5. Photografi dan Drones
Fotografi
Street Photography
kebiasaannya dibenarkan di Thailand. Namun, terdapat beberapa tempat yang
tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.
Sesetengah kuil tidak membenarkan fotografi. Pastikan anda bertanyakan terlebih dahulu sebelum mengambil gambar di dalam kuil terutamanya gambar orang yang berdoa atau sembahyang.
Fotografi dilarang di dalam bar di beberapa Hot Spot termasuklah Patpong dan Cowboy.
Jika nak ambil gambar dengan penduduk tempatan, sami atau sesiapa, bertanya dulu kepada tuan empunya badan. Jika dibenarkan, senyum ketika bergambar dan berterima kasih. Elakkan memberi wang kepada kanak-kanak yang meminta wang sebab itu menggalakkan budaya mengemis.
Mengambil gambar keluarga Diraja Thailand juga tidak dibenarkan termasuklah tentera dI sempadan.
Drones
Nak terbangkan drone
untuk birds eye view? Fikirkan semula niat itu. Banyak peraturan disekitar
kawasan bagi operasi drone di Thailand samada untuk kegunaan Komersil atau
individu. Kebenaran daripada Pihak Berkuasa berkaitan dari kerajaan Thailand
adalah diperlukan bagi aktiviti ini bagi drone yang mempunyai kamera.
Insurans drone, permohonan permit Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) sebelum perjalanan perlu dibuat kerana proses permohonan adakalanya mengambil masa di antara 75 hingga 104 hari.
6. Judi
Selain dari aktiviti
perjudian yang dibenarkan kerajaan dan pertaruhan lumba kuda di litar
perlumbaan adalah tidak sah di Thailand. Tiada kasino di Thailand walaupun
aktiviti pertaruhan judi dan judi online berlaku di merata tempat dan ianya
menyalahi undang-undang. hukuman denda atau penjara boleh dijatuhkan sekiranya
anda didapati terlibat.
7. Merokok
Merokok kini diharamkan
di 24 pantai di tempat-tempat pelancongan yang popular termasuk Phuket,
Pattaya, Koh Samui, Prachuap Khriri Khan, Chon Buri dan wilayah Songkhla.
Larangan ini telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Thailand untuk mengurangkan
kesan terhadap persekitaran laut dan longkang. Selepas tempoh percubaan selama
3 bulan, larangan ini dikuatkuasakan sepenuhnya kepada penumpang bot pelancong
di Thailand.
Pelanggaran undang-undang ini akan menyebabkan anda didenda THB 100,000, satu tahun penjara atau kedua-duanya. Larangan merokok juga dikuatkuasakan di:
1.
Kawasan senam terbuka
2.
Kawasan latihan
sukan/pertandingan
3.
Taman Awam
4.
Zoo
5.
Taman Hiburan
6.
Pasar
7.
Taman Permainan
Kanak-Kanak
Vape dan apa-apa juga alat yang bersamaan dengan fungsinya telah diharamkan di Thailand sejak tahun 2014. Ramai pelancong yang tertangkap kerana tidak mengetahui/tidak menghiraukan peraturan larangan ini. Perlanggaran peraturan larangan mengakibatkan anda dipenjarakan.
8. Membuang Sampah
Pada Februari 2018,
Pihak Berkuasa Thailand menguatkuasakan larangan pembuangan sampah di 24 pantai
yang paling popular bagi mengelakkan kerosakan terhadap alam sekitar. Pesalah
akan didenda THB 100,000 dan didakwa di mahkamah atau hukuman penjara setahun
jika didapati bersalah.
Anda boleh didenda maksima THB 2,000 jika didapati membuang sampah di kawasan pejalan kaki. Sekiranya anda didenda lebih daripada jumlah ini, berkemungkinan individu tersebut adalah penyamaran dan bukanlah penguasa yang sebenar. Walau bagaimanapun, jangan terlalu bersandar pada kes terlebih denda ini. Sesetengah pelancong melaporkan bahawa mereka telah ditahan kerana melakukan kesalahan membuang sampah dan mereka kemudiannya memohon pengurangan dan membayar dengan jumlah yang mereka ada dimana secara umumnya diterima.
Ahli-ahli Pihak Berkuasa Metropolitan Bangkok (BMA) layak untuk menguatkuasakan denda ini dan anda boleh meminta untuk melihat pas kuasa mereka. Undang-undang ini juga terpakai untuk Chewing Gum. Jangan sesekali meludah di pejalan kaki kerana polis suka menangkap untuk kesalahan ini.
9. Rasuah (Undang-Undang Thailand Tertakluk kepada
"Pengaruh".
Rasuah pasti berlaku di
Thailand. Artikel berikutnya akan menerangkan mengenai cara menangani rasuah di
Thailand.
Adalah sesuatu yang dikarang untuk menawarkan rasuah kepada pegawai kerajaan di Thailand. Namun, terdapat beberapa keadaan di mana ianya dibolehkan atas nama "Fee Istimewa" dan beberapa lagi istilah yang digunakan.
10. Passport
Undang-undang Thailand
menghendaki pelancong/pengembara membawa ID pada setiap masa. Jangan
meninggalkan passport anda sebagai langkah keselamatan apabila menyewa motosikal
atau Jet-Ski. Gunakan salinan fotostat atau apa juga kaedah.
11. Pemakaian Pakaian Dalam
Di bawah Undang-Undang
Thailand, adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana individu keluar ke tempat
awam dengan tidak memakai seluar dalam. Walaupun kes ini agak jarang didengari,
tetapi percayalah bahawa ianya adalah merupakan suatu kesalahan dari segi
undang-undang.
12. Memakai Baju Semasa Memandu
Di bawah undang-undang
Thailand, adalah menjadi kesalahan jika memandu tidak memakai baju. Oleh itu,
pastikan anda memakai pakai lengkap semasa memandu bagi mengelakkan anda
disaman.
13. Walkie Talkie
Akhir-akhir ini, ramai
rakyat Malaysia memilih untuk memasuki Thailand secara berkonvoi. Namun, ramai
yang tidak sedar bahawa undang-undang penggunaan Walkie Talkie di negara
Thailand sangat ketat.
Jika dilihat pada borang deklarasi Kastam di kebanyakan negara, alat perhubungan radio perlu di ishtihar secara rasmi. Undang-undang penggunaan alat telekomunikasi radio sebenarnya dikawal rapi di kebanyakan negara kecuali USA yang membenarkan menggunakan banyak frekuensi radio. Ini adalah kerana ianya mungkin digunakan untuk kegiatan jenayah berikutan ada kemungkinan frekuensi yang digunakan sama dengan pihak berkuasa atau tentera di negara tersebut berikutan perbezaan frekuensi di setiap negara.